BLOG - RAWATAN LASER TANPA PEMBEDAHAN UNTUK MENGHILANGKAN KEDUTAN DI SUDUT MATA

Rawatan Laser tanpa Pembedahan untuk Menghilangkan Kedutan di Sudut Mata

IIWAM - International Institute of Wellness & Aesthetic Medicine adalah Pusat Kecemerlangan Sehenti dalam Perubatan Kesihatan & Estetik yang menyediakan Pendidikan, Perpustakaan Online & Portal Pembelajaran dan Prosedur Kosmetik Lanjutan.

IIWAM ditakdirkan untuk menjadi Masa Depan Perubatan Estetik. IIWAM Aesthetic Education (sebelumnya dikenali sebagai Aesthetic Academy Asia) menyediakan kursus Perubatan Estetik berasaskan bukti dengan Dua Sijil Antarabangsa untuk Doktor Perubatan, Doktor Gigi, Jururawat & Pakar Estetik Bertauliah.

Artikel pada hari ini adalah untuk mendidik anda cara untuk merawat kedutan tepi mata dengan rawatan laser  

Kedutan di Sudut Mata  

Kedutan tersebut adalah garis yang muncul di luaran sudut mata, setiap kali bila meningkat usia atau membuat ekspresi wajah. Ekspreisi wajah yang ekstrim akan mengembangkan otot-otot dan menjadikan kedutan ini kelihatan jelas. Perkara biasa ini  adalah wajar bagi kedutan “Dinamik” ini tetapi semakin hari, kedutan “dinamik” ini akan menjadi lebih jelas dan akhirnya menjadi kedutan “statik” yang akan muncul walaupun tidak ada ekspreisi. Walaubagaimanapun, terdapat cara efektif dan selamat untuk menghilangkan kedutan yang tidak diingini ini.  

Rawatan Laser bagi Kedutan di tepi mata  

Walaupun terdapat rawatan pilihan menggunakan neurotoxin, seperti Botox dan Dysport, tekstur dan penampilan garis static dapat dirawat dengan lebih baik jika menjalankan prosedur seperti Laser Resurfacing.  Dengan laser Fractional CO2, kami boleh merawat kulit yang bermasalah di sekitar kawasan mata dengan mudah.

Fractional CO2 adalah alat terbaik untuk merawat keadaan kulit ini. Kulit di sekitar mata kita lebih halus dan nipis daripada bahagian muka kita lain dan terdiri daripada banyak urat yang mengelilingi kawasan ini. Jika kita merawat kulit disekita mata dengan prosedur yang invasif, ia mungkin akan mencederakan atau merosakkan saluran darah dan ia boleh menyebabkan kebutaan (terutama dengan pengisi kulit) jika tidak dilakukan oleh doctor atau pakar terlatih. Fractional CO2 laser akan menggunakan tenaga haba untuk menghasilkan beberapa “microscopic thermal punctures” pada permukan kulit. Kedalaman, bilangan dan saiz setiap “punctures” ini dapat disesuaikan supaya ia sesuai dengan keadaan kulit pesakit. Kulit akan disembuhkan oleh tisu yang sihat di sekitarnya dan penjanaan kulit baru akan menganti kulit yang pudar dan kedutan di sudut mata, dengan kulit yang lebih cerah dan muda..  

Lebih lagi, bila lapisan luar kulit dikeluarkan, laser akan memanaskan lapisan bawah kulit untuk membantu meningkatkan pengeluaran kolagen di dermis. Ini mendedahkan sel kulit bawah permukaan yang lebih muda, anjal dan fleksibel untuk penampilan cerah dan muda yang diinginkan. Prosedur ini tidak begitu menyakitkan dan rawatannya biasanya cepat dan mudah. Rawatan laser resurfacing biasanya memerlukan selama 1-2 hari untuk sembuh. Mengulangi rawatan pasti akan meningkatkan keberkesanan laser. Tidak syak lagi bahawa pengamal terlatih adalah yang terbaik untuk melakukan prosedur ini.  

Latihan IIWAM tentang Rawatan Laser  

Mustahak bagi pengamal untuk menjalankan latihan estetik yang betul untuk memahami prosedur yang dilakukan, produk digunakan dan juga pesakit yang mengalami keadaan tersebut. Pengamal juga perlu tahu tentang faedah, risiko dan langkah-langkah pencegahan komplikasi. IIWAM menawarkan pensijilan estetik online untuk Prosedur tanpa Pembedahan, Latihan Pengisi Dermal Lanjutan (Restylan, Juvederm, Teosyal, Bellotero), Latihan Toksin Botulinum Lanjutan (Botox, Dysport, Xeomin), Latihan Penguat Kulit (Restylane Skin Booster, Profhilo, Rejuran), Latihan Platelet Rich Plasma (PRP), dan Latihan Threadlift (PDO, Aptos, Happy Lift). Di IIWAM, pelatih kami memberikan tumpuan sepenuhnya bagi mengajar tentang subjek Rawatan laser dalam rawatan kedutan di sudut mata:

  • Anatomi kulit disebalik rawatan laser

  • Kaedah & teknik menggunakan Fractional CO2 laser

  • Cara untuk mengoperasikan Fractional CO2 laser

  • Risiko rawatan laser Fractional CO2

  • Kesan sampingan rawatan laser Fractional CO2

  • Faedah rawatan Fractional  CO2

 Online LaserTraining

Tentang IIWAM  

Di IIWAM, kami menyediakan program Sijil Estetik Antarabangsa dan juga Kursus Estetik Dalam Talian Lanjutan untuk Doktor, Doktor Gigi, Jururawat, Pakar Estetik, dan Pemilik Spa di bidang Perubatan Estetik.

Institut kami berpusat di Malaysia dan mempunyai pelajar antarabangsa dari Filipina, Myanmar, Kemboja, India, Indonesia dan kawasan lain di Asia. Dengan lambang "Be Certified, Be Recognized", kami mengembangkan pengamal estetika yang berpengetahuan, berkemahiran dan yakin dengan reputasi antarabangsa. Latihan Estetik kami memberi tumpuan kepada pengajaran prinsip prosedur Estetik sebelum menceburkan diri dalam kemahiran klinikal Estetik. Program latihan IIWAM adalah gabungan dari Latihan kelas, LIVE Webinar dan Pembelajaran Secara Online. IIWAM adalah Institut pertama di Dunia yang Programnya dijamin oleh City & Guilds of London dan disahkan oleh Universiti Antarabangsa Eropah. IIWAM juga merupakan penyedia Latihan CPD berdaftar dengan CPD Standards Office di UK dan oleh CPD Malaysian Medical Association.

Insititusi kami dijalankan oleh Assoc Prof Dr Morthy, jurulatih utama, pengarah perubatan Institusi Perubatan Kesihatan & Estetik Antarabangsa (IIWAM), yang dahulu dikenali sebagai Aesthetic Academy Asia (http://www.iiwam.ac/)

Di bahagian Estetik Institut kami, kami menyediakan Prosedur Perubatan Estetik Lanjutan yang Selamat, Berkesan dan Terjangkau, menawarkan pelbagai jenis rawatan khusus untuk Semua Keperluan Estetik Anda.